Wow! Juadah habis diborong Ebit Lew untuk membantu peniaga

Seperti yang kita kenali , insan yang sangat baik hati , Ebit Lew simpati melihat nasib yang menimpa para peniaga bazar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju,mereka yang mengalami kerugian akibat hujan dan angin kencang serta menghulurkan sumbangan kepada golongan terjejas.

Beliau berasa sayu dan sebak sebaik melihat kejadian yang menimpa para peniaga yang pertama kali berniaga pada Ramadan kali ini terutama peniaga yong tau fu, Fatin Amalina Zulkifli, 29, bersama ibu dan adiknya di mana aksi mereka sedang mengutip jualan yang jatuh di atas jalan dalam keadaan hujan tular hingga mengundang simpati warganet.

“Sebak sayu rasa hati bila tengok khemah makcik jual yong tau fu di Wangsa Maju runtuh rosak punah diterbangkan angin waktu hujan ribut kuat semalam.

“Baru hari pertama berniaga. Semuanya rosak. Dekat RM800 juga semuanya modal. Berat ujian mereka. Di sinilah rezeki dan harapan mereka. Ini ujian mereka,” ujarnya dalam status di Facebook rasminya pada Rabu.

Katanya, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian terbabit, beliau bergegas ke tempat lokasi dan membeli sebanyak tujuh khemah untuk disumbangkan kepada tujuh peniaga yang tidak memiliki khemah termasuk memberi wang perbelanjaan buat mereka.

“Betapa besar harapan seorang peniaga menanti bazar Ramadan ini. Dengan nak dapat tapak. Ramai yang nak masuk berebut-rebut. Allahuakbar beratnya dugaan mereka ini .

“Bila saya beri sedikit duit tadi wajah makcik berubah sebak sayu je beserta ucapan terima kasih. Saya gembira rasa dapat melihat beberapa peniaga gembira hari ini,” katanya.

Ebit Lew membantu peniaga yong tau fu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat hujan dan angin kencang. Dalam pada itu, Ebit Lew juga ‘memborong’semua juadah berbuka puasa bagi membantu para peniaga ekoran kekurangan pelanggan disebabkan bencana alam itu.

“Musim hujan sekarang sudah semestinya agak kurang orang membeli dan tengok makanan banyak rasa sedih hadir dalam diri. Tapi kata peniaga di sini ,Beginilah ustaz cari rezeki. Adat berniaga. Insya-ALLAH sekejap lagi ramai datang membeli. Allahuakbar begitu positif semangat mereka.

“Berapalah sangat untung mereka. Tapi demi rezeki halal. Bagi kita mungkin sedikit tetapi bagi peniaga 50 sen itu rezeki buat mereka. Saya doakan ALLAH berkatkan dan mudahkan serta limpahkan rezeki buat semua peniaga bazar Ramadan dan pasar malam di seluruh Malaysia,” katanya.


Jom Bantu Share Artikel Ini
×